Wednesday, December 22, 2010

.:.untukmu WANITA.:.-,-


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
p/s : ana ambil artikel ny dr http://www.iluvislam.com

Saturday, December 18, 2010

..❤kU PiLiH DIA aNTAra bERibu❤..

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri


Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu

Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

hmm...pOst kali ny ana nk cerita cket ttg KEKASIH ana.DIA spesel sgt2 buat ana.DIA seorg yg loving n caring sgt2.seriously noboby can compete his love towards me..DIA sentiasa bersama ana thru thick n thin.DIA juga seorg yg loyal+can be trusted..DIA tempat ana mengadu suka dan duka..tp kadang2 ana rasa bersalah dan  tak adil dgn DIA sbb ana salu cri DIA tyme ana sedih j..ana salu j ngadu kt DIA tyme ana give up(bkn selalu but all the tyme bila ana rase gloomy) sbb ana rase selesa ngn DIA.DIA seorg yg sgt understanding..dat's y ana pilih DIA.


teman2 pnah dgr x peribhse omputih; bunyi dye cmny..ABSENCE MAKES THE HEART GROW FONDER.mksud proverb td tue when you are away from somone you love, you love them even more.tp kn bg ana, kisah ana dgn DIA lain cket dr yg lain.ana kene salu luangkn masa tuk DIA..kalo bOle 24hours tuk DIA j..tue bukti ana syg DIA tp ana juga ad komitmen lain;study,mase tuk femly,nk spent tuk kwn2 ana.tp kn teman2 study tue pn satu amanah dr DIA.pendek kata everything dat i do is only for DIA.


lg stu ana nk share lg ttg DIA.dgn DIA, byk yg ana pelajari.ana tertarik dgn kata2 ny;WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK.ana nk wat yg terbaik utk DIA.nk taw x teman2???..makin lama ana mengenali dan  mendekati DIA, makin hati ana tertaut utk DIA sorg j.mcm dah xd ruang kOsong tuk org lain..(ewah2,terlebihh sudaa..).btul, ana ckp the fact.setiap kali ana nk kluar rumah, ana rase diri ana sentiasa diawasi oleh DIA.seolah-olah DIA remote cOntrol ana.tp ana rase, tue yg terbaik yg DIA buat utk ana.dgn cara tue, ana pastikn ana berada dlm keadaan sempurna di mata DIA;xkiralah dr segi pemakaian ana, pergaulan ana dan segalanya utk DIA.


ana rase bahagia sgt dgn DIA.lazimnya, sblum tdo pn ana cOntact DIA.ana salu ckp kt DIA, yg ana syg dan kasih kt DIA.ana salu dOa;"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kasih-Mu dan kasih orang-orang yang mengasihi-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu amalan yang dapat mengantarku kepada kasih-Mu. Ya Allah, jadikanlah kasih-Mu lebih kukasihi daripada diriku dan keluargaku ".


kadang2 kalo terjaga dr tdo dlm kol4-5pg, ana terus cOntact DIA..rindu sgt kt DIA.tyme tue r sesuai utk ana share sume pOblem ana dgn DIA..kekasih ana ny seOrg pEndengar yg setia.tyme ny jguk tyme ana nk minta sesuatu dr DIA.apart fwOm dat, kekasih ana ny seOrg yg PEMURAH..minta j apa2 dr DIA, insya allah dpt..tue yg watkn ana lg syg kt DIA.
hmm, sebenarnya ana blum pernah lg berjumpa dgn DIA.ana byk cOntact dgn DIA melalui surat2 yg DIA bg.ana blum ready tuk face 2 face dgn DIA.tp DIA pernah pesan dgn ana, suatu ari nanti pasti kami akn bertemu.daripada surat-surat DIA yg ad tue, ana taw la ap yg DIA suka, ap yg DIA tak suka.sO, ofcuzlah ana nk buat ap yg DIA suka supaya DIA bertambah-tambah syg dkt ana kn?..ana teringat pesanan spesel tuk ana dr DIA;sekali ana ingat dekat DIA sepuluh kali DIA akn ingat dekat ana..smbil tersenyum sOrg2, ana sematkn pesanan DIA dlm jiwa ana..=)..sO sweet  DIA kn???.


dedicatiOn khas tuk DIA;
Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!







Monday, December 6, 2010

~sELAngkAh kE hAdapAn~

SELANGKAH KE HADAPAN???

Nape selangkah ke hadapan ya???..
YA!!!..selangkah ke hadapan..Alhamdulillah kte telah menuju ke tahun baru dlm kiraan Bulan Islam iaiu bulan Muharam..
SALAM MAAL HIJRAH 1432 H



Kita semua menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Bagi kita umat Islam, alangkah ruginya jika kita tidak menyambut ketibaan tahun baru Islam ini dengan penghayatan kisah Hijrah Rasulullah saw. Alangkah ruginya jika kita lebih mengagungkan ketibaan tahun baru Masehi 2011 daripada tahun Islam kita sendiri. Jika bukan kita umat Islam yg mengimarahkan tahun Islam ini, maka SIAPA LAGI?..hmm, kadang2 ana sndri xengt tarikh dlm bulan Islam.ish2 terukkn???..mari kita recall bulan2 dlm Islam; Muharram,Safar,Rabiulawal,Rabiulakhir,Jamadilawal,Jamadilakhir,Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah dan akhir sekali,Zulhijjah..

Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH ?

Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:

1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)

2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)

3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.

Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"
YA BENAR!!!..Jihad nafsu adalah jihad yg paling besar nilainya.kita sndri ad nafsu makan, minum, tido,malas.xdpt nk dinafikn kdang2 ana sndri xdpt melawan nafsu MALAS tp potongn ayt dr Surah At Taubah ayat 20 yg m'bautkn ana bangkit tuk melawan godaan syaitan.
Orang-orang yang beriman dan berHIJRAH serta berJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
 (At Taubah : 20)


tp bila smpi je awal muharam, pastinye tidak lekang dr mulut org awam dgn TAHUN BARU, AZAM BARU!!!..alhmdulillah bgus niat kte semua tuk berubah mnjd lg baik..tp jgn jdkn azam itu sbg hangat2 tahi kambing..eh2 kmbing ke???..silap, hngat2 tahi ayam 0r spt dlm trademark RADIO HOT FM, lebih hangat dr biasa..seharusnye tindakan kte hendaklah selari ap yg kte azamkn..bgaimana carenye ya???...yela kn orgslu ckp, CAKAP j BOLEH r try wat???..salu kn kte dgr?..ana rase cre yg bOle kte applykn adalah dgn perbaharui niat kte setiap hari..makna kata di sini, niatkn dlm aty..HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM..ESOK PULA LG BAIK DARI HARI INI..
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
insya allah kalo kte istiqamah dlm ibadat kte, kte akn dpt REDHA ALLAH =)


p/s dr tajaan : azam ana thun ny, XNK TANGGUHKAN KERJA..insya allah =)


.::.HADITH PILIHAN.::.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: 
  • Pemerintah yang adil
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
  • Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat2 Allah.”
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Sunday, December 5, 2010

hmm, 18 + 1 = 19???

4 Disember 2010, saat yg dinanti2kan telah tbe!!!..ehem2, aguk2 ana dpt apa ya dr insan teristimewa???..eh, insan t'istimewa???..bkn ana single kew?...
_____________________________________________

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi yg memberi nikmat hidup kpd ana..Tanggal 4 Disember 2010 genaplah seorang gadis bernama Nada Syazwani 19 tahun. Di kesempatan ini juga akak nak ucapkan ribuan terima kasih kat mak yg susah payah besarkan akak smpi da beso pnjg ny..TERIMA KASIH MAK!!!..akk syg mak.Mak doakan akk berjaya dunia akhirat ya mak???..abah pn akk xlupa guk..mana bOle lupakn abah sbb...sbbnyer abah lar kan yg sanggup ambil akk dr maktab tuk balik uma tiap2 mggu..muah2 tuk mak+abah

Kalo pengunjung nk taw lar kan, blog ny bukan ana yg buat..tp ini adalah hadiah dr junior ana..Nama dye, NUR SHAHIRA ISMAIL.syukran jiddan a'laik.Insya Allah akk jadikn blog pmberian adik ny sbgi wadah dakwah.semOga adik pn dpt pahala yg berterusan kerana menyampaikn ilmu =)

xlupa guk ana nk ucapkn ribuan terima kasih kpd FARAH WAHIDAH BT ROSLAN yg sudi bg   adiah tuk MOK poskan jauh dr Sabah..mekasih nek, saranghae..hik3~last but nOt least honestly, terharu sgt ramai yg wish besday ana di FB.Im speechless when i saw many people wish, thnx my buddy..lurve u all 




Sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah persinggahan sementara tetapi ALAM AKHIRAT kekal abadi.Rasulullah bersabda;"Apabila meninggal manusia, maka terputuslah amalnya kecuali 3hal yakni SEDEKAH JARIAH,ILMU YG DIAMBIL MANFAATNYA OLEH MANUSIA, DAN ANAK YG SOLEH YG BERDOA UNTUKNYA."(Riwayat Ahmad)

Imam al-Nawawi, pendek umurnya tetapi "panjang" ilmu dan abadi jasadnya. Usia umpama harta..bukan banyaknya yg menjadi perhitungan tetapi KEBERKATANNYA.Harta yg berkat, sedikit pun mencukupi,banyaknya boleh diagih2kan.Begitulah dgn usia yg berkat, pendeknya bermanfaat dan panjangnya melimpahkan kebaktian. Akhlak juga boleh panjangkan umur yakni dengan menyambung tali silaturahim.


Pnjg pendek umur seseorg itu tidak sama. Hidup kte di dunia ini dianalogikn sebgi menaiki sebuah bas dgn destinasi yg berbeza.Ada masany yg naik dahulu akn turun kemudian.Namun ada kalany, yg naik kemudian akn turun t'lebih dhulu. Maksudnya, ad manusia yg bru lahir tp usiany tidak pnjg, ajalnya telah tbe..Ad pula yg lahir lebih awl, tp masih hidup b'bnding yg bru lahir. Kesimpulannya, penetapan ajal maut ini sgt rahsia dan hak mutlak Allah menentukannya  sprti dlm firman Allah dlm Surah YUnus:49 mafhumnya; "Tiap2 umat mempunyai dajal, apabila telah dtg dajal mereka, maka mereka tidak dpt m'undurkan sebarang sesaat pun dan tidak pula dpt m'dahuluinya".


p/s : Kita haruslah bersedia bila2 masa utk dipanggil bertemu dgn Illahi.Semoga kte semua diakhiri kehidupan kte dgn KHUSNUL KHATIMAH (kematian yg baik), Insya Allah dgn usaha kte semua..